FAQ

Kami menjawab segala persoalan anda

Bahasa Malaysia

Wednesday 21 November 2012

Tentang Kami

Tentang Sun Cake House

Sun cake House merupakan sebuah perniagaan persendirian yang menghasilkan kek dan roti sebagai produk utamanya. Ia mula beroperasi pada 20 Mac 2010. Sun Cake House merupakan satu-satunya kedai kek dan roti milik bumiputera yang beroperasi di Kluang, Johor. Perniagaan ini dimilikki oleh pengusaha bumiputera iaitu Encik Mashiron Bin Shariff selaku Pengurus Syarikat. Dengan memberi fokus kepada pengeluaran roti dan kek Hari Jadi, Kek Perkahwinan, serta Cup Cake, Sun Cake House berupaya menghasilkan sehingga 100 biji kek dan roti setiap hari. Kuantiti penghasilan dan pengeluaran pula biasanya meningkat menjelang musim-musim perayaan seperti Hari Raya, Hari Guru dan Musim Cuti Sekolah kerana ramai yang mengambil kesempatan tersebut untuk melangsungkan perkahwinan. Memilikki seramai lapan orang pembantu, Sun Cake House juga sentiasa bersedia menerima tempahan dari masa ke semasa.Selain tiu, Sun Cake House juga menjual produk sampingan seperti minuman, makanan ringan, keropok dan kerepek.
Sun Cake House sentiasa memastikan kualiti produk memenuhi kepuasan pelanggan. Kebersihan adalah salah satu faktor yang sentiasa diberi perhatian.Usaha ini termasuklah menjaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja, pakaian pekerja serta peralatan yang digunakan. Perusahaan ini juga telah mendapat pengesahan Persijilan Halal Jakim. Ia penting bagi memastikan kesucian setiap bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk terpelihara kebersihannya dan terjamin Halal.


Biodata Pengurus

Encik Mashiron Bin Shariff berusia 38 tahun berasal dan menetap di daerah Kluang. Beliau berpengalaman lebih 16 tahun dalam bidang pembuatan kek dan roti. Memulakan perniagaan melalui pengalaman bekerja di hotel-hotel, kedai kek dan kilang roti di Melaka dan di sekitar Johor termasuk di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Kluang. Beliau juga pernah mendapat Latihan Asas Perniagaan Kek dan roti di Institut Belia Negara PERETAK selama enam bulan pada tahun 1994.Beliau bermatlamat memecahkan monopoli bangsa asing dalam perniagaan ini, selain memaklumkan ia sebagai tugas melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah sesama Islam dalam menyediakan lebih banyak pilihan makanan Halal.

0 comments:

Post a Comment