FAQ

Kami menjawab segala persoalan anda

Bahasa Malaysia

Thursday 22 November 2012

Pembayaran dan Penghantaran

Terima kasih di atas minat anda terhadap produk keluaran Sun Cake House. Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Harga semasa bagi setiap pembelian adalah berlainan bergantung kepada jumlah tempahan. Untuk membuat tempahan anda perlu melakukan tempahan mengikut prasyarat di bawah bagi memastikan proses penghasilan dan penghantaran produk menepati masa yang di kehendaki:


Syarat Tempahan

1. Anda di nasihatkan membuat tempahan TIGA HARI lebih awal untuk tempahan dalam kuantiti kecil.

2. Untuk membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak, tempahan hendaklah di buat seawal SEBULAN atau selewat-lewatnya DUA MINGGU dari tarikh penghantaran di perlukan.

3. Bayaran hendaklah dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA sahaja ke akaun 10102576932 Maybank Berhad

4. Bayaran penuh hendaklah dibuat untuk pembelian bernilai RM50.00 dan kebawah.

5. Bayaran pendahuluan sebanyak 50% hendaklah dibuat bagi pembelian melebihi RM50.00

6. Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya TIGA HARI sebelum penghantaran untuk tempahan bernilai RM50.00 kebawah manakala TUJUH HARI sebelum penghantaran untuk tempahan bernilai lebih daripada RM50.00

7. Perkhidmatan penghantaran produk setakat ini hanya dibuat untuk lokasi penghantaran dalam kawasan Kluang sahaja. Caj penghantaran bermula dari RM15.00 dan ke atas bergantung kepada lokasi penghantaran.

0 comments:

Post a Comment