Keunikan Kek Hari Lahir

Suncake House menghasilkan Kek Hari Lahir dengan keunikkan yang tidak terdapat pada kek hari lahir yang ditawarkan oleh pengeluar lain, Setiap kek yang kami hasilkan mempunyai keunikan warna yang menyerlah keceriaan suasana majlis Hari Lahir.

Realisasikan imaginasi anda

Kami di Suncake House komited mencipta apa sahaja kek impian pelanggan. Meskipun ia seperti satu imaginasi, kami akan membantu anda merealisasikan kek impian anda mengikut reka bentuk yang anda inginkan.

Adunan berkualiti tinggi

Suncake House ingin memastikan setiap pelanggan mengingati setiap cebisan rasa kek yang kami hasilkan. Atas matlamat ini, kami sentiasa memastikan bahan serta adunan memenuhi kualiti terbaik untuk anda.

Kesegaran dari Alam Semulajadi

Kembali kepada Alam Semula Jadi... Kami sentiasa menghargai kesegaran alam semula jadi. Untuk itu, kami juga menyediakan penghasilan kek yang boleh digabungkan dengan buah-buahan segar dari pelbagai sumber iklim dari seluruh dunia.

Memenuhi Kepelbagaian citarasa

Sekiranya anda inginkan kepelbagaian citarasa, kami akan membantu anda memilih dan menggubah resepi sesuai dengan citarasa yang anda inginkan. Semestinya kami akan memastikan resepi anda sebagai rahsia!

FAQ

Kami menjawab segala persoalan anda

Bahasa Malaysia

Saturday 8 December 2012

Roti

Kami juga tidak ketinggalan dalam membuat pelbagai jenis roti. Antaranya roti perancis yang gebu-gebu untuk dinikmati oleh seisi keluarga

Friday 23 November 2012

Kek Cawan (Cup Cake)

Koleksi Kek Cawan di Suncake House


Nama Kek Cawan: Red Velvet Cupcake
Berat: 100 gram/ Pcs
Kod Tempahan: KC01

Penerangan: Red Velvet Cupcake dihasilkan daripada adunan granulated white sugar dan unsweetened cocoa powder. Diovenkan dengan minyak Canola Oil bagi memastikan penghasilan aromanya yang harum. Ia sering menjadi pilihan untuk menghiasi kek-kek perkahwinan.


Nama Kek Cawan: Colourfull Delight Cupcake
Berat: 90 gram/ Pcs
Kod Tempahan: KC02

Penerangan: Colourfull Delight Cupcake menggunakan fondant pada lapisan atas serta icing dan candy pada bahagian dalam menjadikannya sangat sesuai bagi mereka yang inginkan cupcake dengan kepelbagaian rasa. Dengan pilihan pelbagai bentuk, Colourfull Delight Cupcake sering menjadi pilihan remaja.


Nama Kek Cawan: White Caterpillar
Berat: 95 gram/ Pcs
Kod Tempahan KC03

Penerangan: White Caterpillar menggabungkan rasa vanilla dan coklat pada dasarnya. Lapisan atasnya pula dihasi dengan tulisan berdasarkan permintaan pelanggan. Tulisan tersebut di hasilkan menggunakan icing yang halus. Terdapat juga corak halus disekeliling cupcake ini yang dihasilkan daripada chocolate chip.




Untuk membuat tempahan segera, sila KLIK DISINI sekarang!

Kek Hari Lahir

Koleksi Kek Hari Lahir di Suncake House


Nama Kek: Rounded Three Colour Birthday Cake
Berat: 3.5 Kilogram
Kod Tempahan: KH01

Penerangan: Rounded Three Colour Birthday Cake adalah chesse layer cake yang dihasilkan sesuai dengan cita rasa kanak-kanak. Dengan lapisan cream yang lembut serta kandungan gula yang rendah ia merupakan pilihan bijak ibu bapa untuk hari istimewa anak-anak.



Nama Kek: 3D Angry Bird Birthday Cake
Berat: 2.8 Kilogram
Kod Tempahan: KH02

Penerangan: 3D Angry Bird Birthday Cake merupakan satu variasi terkini kek hari lahir untuk kanak-kanak. Sponge kek yang dibaluti aising 1.2 inchi ini juga mengandungi krim coklat yang halus. Almond yang telah dikisar juga digunakan bagi meningkatkan keenakkannya.


Nama Kek: 2 Inch Icing Birthday Cake
Berat: 3.8 Kilogram
Kod Tempahan: KH03

Penerangan: 2 Inch Icing Birthday Cake ini bersaiz 40 sentimeter X 30 sentimeter. Dihasilkan daripada aising yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Sponge kek pada bahagian dalamnya pula berperisa coklat.




Nama Kek: Custom Shape Number Birthday Cake
Berat: 2.8 Kilogram
Kod Tempahan: KH04

Penerangan: Custom Shape Number Birthday Cake di ilhamkan oleh pelanggan yang pernah membuat tempahan kek di Suncake House. Pelanggan boleh memlih nombor yang hendak dijadikan bentuk pada kek. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dari lima hingga 12 tahun.


Nama Kek: 1.5 Inch Icing Birthday Cake
Berat: 3.2 Kilogram
Kod Tempahan: KH05

Penerangan: 1.5 Inch Icing Birthday Cake mempunyai ciri yang hampir serupa dengan 2 Inch Icing Birthday Cake. Perbezaannya disini adalah bahan yang digunakan dalam menghasilkan sponge keknya yang mana ia berperisa strawbery dan agak nipis.



Nama Kek: Superb OnScene Birthday Cake
Berat: 4.5 Kilogram
Kod Tempahan:KH06

Penerangan: Superb OnScene Birthday Cake salah satu alternatif terbaik bagi mereka yang ingin menonjolkan kelainan dalam hidangan. Ia direka sesuai dengan minat atau permintaan pelanggan. Ia juga menekankan konsep pemandangan atau disebut 'OnScene action'
 
Untuk membuat tempahan segera, sila KLIK DISINI sekarang!
 


Kek Perkahwinan

Koleksi Kek Perkahwinan di Suncake House

 
Nama Kek: Gumpaste Peony & Roses
Berat: 3.5 Kilogram
Kod Tempahan: KP01

Penerangan: Kek Gumpaste Peony & Roses ini diperbuat daripada krim dan mentega asli. Terdiri daripada salutan lapisan krim setebal satu inchi diluar serta adunan sponge terbaik di bahagian tengah. Bunga hiasannya pula diperbuat daripada bahan coklat berwarna merah.



Nama Kek: 3 Tier Royal Blue
Berat: 12 Kilogram
Kod Tempahan: KP02

Penerangan: 3 Tier Royal Blue merupakan salah sat kek yang diperbuat hasil gabungan resepi perkahwinan barat dan asia. Diperbuat daripada Salted Caramel Butter Cream Frosting. Berketinggian 100 sentimeter.





Nama Kek: Rainbow Heart Cake
Berat: 4.2 Kilogram
Kod Tempahan: KP03

Penerangan: Rainbow Heart Cake adalah kek ciptaan tempatan. Terdiri daripada empat lapisan yang berlainan warna. Bahagian atas dan tepi kek dihiasi dengan Snow Cream yang halus.




Nama Kek: Seasonal Red Roses
Berat: 3.5 Kilogram
Kod Tempahan: KP04

Penerangan: Seasonal Red Roses merupakan salah satu resepi kek yang mempunyai reputasi yang tinggi dari segi permintaannya. Menggunakan hampir 60 peratus bahannya terdiri daripada cream terbaik. Bahagian lainnya pula terdiri daripada kek sponge yang lembut.




Nama Kek: 3 Tier Snow Blue Floral
Berat: 13.5 Kilogram
Kod Tempahan: KP05

Penerangan: 3 Tier Snow Blue Floral merupakan salah satu koleksi kek tiga tingkat yang menggunakan konsep flora sebagai hiasannya. Berbanding kek perkahwinan yang lain, kek 3 Tier Snow Blue Floral masih mengekalkan ciri-ciri mewah pada harga yang lebih rendah.







Nama Kek: 2 Tier Pinky & Cupcake
Berat: 8.5 Kilogram
Kod Tempahan: KP06

Penerangan: 2 Tier Pinky & Cupcake adalah satu pilihan istimewa bagi pasangan ang inginkan kelainan dalam kek perkahwinan mereka. Ia menggabungkan kek dan cup cake dalam satu variasi yang menarik. Dihiasi bunga mawar berwarna pink, bahagian tengahnya pula dihiasi corak flora yang sedang mengembang.






Untuk membuat tempahan segera, sila KLIK DISINI sekarang!

Thursday 22 November 2012

Selamat Datang ke Suncake House

Selamat datang ke Sun Cake House.blogspot.com. Laman blog yang menyediakan perkhidmatan jualan kuih kek secara online! Kini kami menyediakan perkhidmatan penerimaan tempahan 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa anda perlu datang ke gerai jualan kami. Anda boleh melihat paparan bergambar kek yang kami tawarkan beserta maklumat berkenaan nutrisi kek yang hendak anda pililh. Penghantaran produk kek ke rumah juga disediakan bagi kawasan terpilih. Semak lokasi pada laman Cawangan SunCake house di tempat anda atau hubungi bahagian Layanan Pelanggan kami.

Pembayaran dan Penghantaran

Terima kasih di atas minat anda terhadap produk keluaran Sun Cake House. Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Harga semasa bagi setiap pembelian adalah berlainan bergantung kepada jumlah tempahan. Untuk membuat tempahan anda perlu melakukan tempahan mengikut prasyarat di bawah bagi memastikan proses penghasilan dan penghantaran produk menepati masa yang di kehendaki:


Syarat Tempahan

1. Anda di nasihatkan membuat tempahan TIGA HARI lebih awal untuk tempahan dalam kuantiti kecil.

2. Untuk membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak, tempahan hendaklah di buat seawal SEBULAN atau selewat-lewatnya DUA MINGGU dari tarikh penghantaran di perlukan.

3. Bayaran hendaklah dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA sahaja ke akaun 10102576932 Maybank Berhad

4. Bayaran penuh hendaklah dibuat untuk pembelian bernilai RM50.00 dan kebawah.

5. Bayaran pendahuluan sebanyak 50% hendaklah dibuat bagi pembelian melebihi RM50.00

6. Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya TIGA HARI sebelum penghantaran untuk tempahan bernilai RM50.00 kebawah manakala TUJUH HARI sebelum penghantaran untuk tempahan bernilai lebih daripada RM50.00

7. Perkhidmatan penghantaran produk setakat ini hanya dibuat untuk lokasi penghantaran dalam kawasan Kluang sahaja. Caj penghantaran bermula dari RM15.00 dan ke atas bergantung kepada lokasi penghantaran.

Borang Tempahan

Terima kasih di atas minat anda terhadap produk keluaran Sun Cake House. Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Harga semasa bagi setiap pembelian adalah berlainan bergantung kepada jumlah tempahan. Kami akan menghubungi anda bagi menentukan harga semasa pesanan setelah kami menerima borang tempahan anda.